Tuesday 12 March 2013

Makanan yang meningkatkan metabolisma


Bagaimana cara-cara meningkatkan metabolisme?

Ada dua cara untuk meningkatkan metabolisme iaitu senaman dan pemakanan.

Makanan yang meningkatkan metabolisma:



Teh hijau

Teh hijau mengandungi epigallocatechin gallate atau lebih dikenali sebagai EGCG. Bahan ini dapat meningkatkan system saraf dan otak sekaligus mempercepatkan lagi pembakaran kalori.



Yogurt

Tahap protein yang tinggi pada yogurt memerlukan banyak tenaga untuk diproses oleh badan. Yogurt juga dapat membantu mengawal saluran pencernaan.




Kacang badam/Almonds

Asid lemak kacang badam dapat meningkatkan tahap metabolisme. Cuma jangan ambil terlalu banyak kerana ia mempunyai kalori yang tinggi.





Kekacang

Kacang kaya dengan protein dan rendah lemak. Badan selalu memerlukan tenaga yang lebih untuk proses makanan yang tinggi kandungan serat seperti kacang.







Buah epal

Buah epal mengandungi serat yang tinggi dan kalori yang rendah dimana badan perlu membakar banyak kalori untuk proses penghadaman. Buah epal juga dapat membuatkan kita terasa kenyang lebih lama.




Sayur bayam

Bayam adalah sumber terbaik untuk zat besi, kalium, magnesium dan vitamin C dimana ia dapat meningkatkan kadar metabolisme




Oat

Sama seperti kacang, oat mengandungi serat yang tinggi. Oat juga boleh menurunkan kadar insulin dalam badan dan meningkatkan metabolisme. Bagus untuk kita.



Susu soya

Susu soya mengandungi kalsium yang tinggi dan dapat meningkatkan tahap metabolisme. Cuma jangan tambah gula dalam jumlah yang banyak dalam susu soya.







Makanan yang pedas
Makanan pedas seperti sambal dan kari dapat meningkat kadar denyutan jantung dan membakar banyak kalori.



0 comments:

Post a Comment