Sumber: BH Online
Bersenam, kerap minum, pengambilan serat mampu kurangkan gangguan usus
SEMBELIT bukan sekadar satu masalah kesihatan sebaliknya 'gangguan'
yang boleh menjejaskan mood serta rutin harian. Bayangkan, desakan ke
tandas, terbantut apabila 'hajat' anda gagal dilepaskan kerana kesukaran
membuang air besar.
Hakikatnya, sembelit memberi maksud berbeza. Kebiasaannya, masyarakat
memahaminya sebagai aktiviti pengosongan usus yang jarang berlaku
manakala sesetengah lain pula berdepan masalah seperti najis yang keras
dan kecil, sukar buang air besar atau rasa tidak puas selepas buang air
besar.
Apakah punca masalah ini? Setiap jenis sembelit yang
disebutkan tadi mungkin berbeza dan pendekatan bagi tujuan rawatan juga
perlu sesuai dengan jenis sembelit yang tertentu. Apapun ia banyak
dipengaruhi dengan amalan gaya hidup seseorang individu itu.
Malah, kekerapan individu membuang air besar dalam sehari juga
berbeza. Mungkin dua hingga tiga kali sehari atau sekali dalam tiga
hari. Namun, individu itu dikatakan mengalami sembelit jika membuang
air besar hanya dua kali seminggu atau kurang. Ia turut dikaitkan
perbuatan meneran ketika membuang air besar. Sembelit juga bukan
hanya dialami si kecil, tetapi turut dianggap biasa bagi wanita serta
warga emas melebihi 65 tahun.
Apabila kita sering mengalami sembelit, ada beberapa cara untuk
mengatasinya. Apa yang penting adalah berusaha supaya najis dapat keluar
dengan lancar. Untuk keluar dengan lancar, najis harus lembik dan tidak
keras.
Perkara asas adalah banyakkan pengambilan serat sebanyak 20-35 gram sehari, banyak minum air serta bersenam.
Berikut adalah beberapa jenis sembelit:
Sembelit sekali-sekala - adalah jenis sembelit yang paling lazim
dialami termasuk warga tua, wanita hamil, pengembara, pesakit yang
mengambil ubatan tertentu atau yang pernah menjalani pembedahan. Ia
lebih mudah dirawat dengan mengubah gaya hidup dan pengambilan julap.
Sembelit Akut - sembelit bersifat sementara, berlaku secara
tiba-tiba akibat kesan daripada sebab tertentu. Keadaan ini boleh
berulang.
Sembelit Hypotonic atau sembelit atonic - berlaku apabila
otot abdomen jadi lemah tidak mampu menolak pergerakan usus seperti
sepatutnya. Masalah ini disebabkan gaya hidup tidak sihat, kurang
pengambilan serat dan kurang cairan dalam tubuh.
Sembelit ‘Fungsian tiada kaitan dengan fizikal, hormon atau
kimia dalam tubuh tetapi ia sebaliknya berkemungkinan disebabkan faktor
psikologi akibat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.
Sembelit Rektum - Apabila individu terlalu sibuk atau leka
dengan gesaan mengosongkan usus, dia sebenarnya melatih rektum untuk
menjadi tidak sensitif. Akibatnya rektum tidak menghantar isyarat pada
otak walaupun ia penuh. Bahan fekal yang kering dan kesat menjadikan
lebih sukar untuk digerakkan.
Sembelit tidak harus diambil ringan dan harus dirawat pada
peringkat awal sebaik punca masalahnya diketahui selepas berbincang
dengan doktor anda.
Punca sembelit
Kurang serat, gemarkan makanan berlemak dan bergula
Kurang minum air
-Kerap menahan diri daripada buang air besar
Kurang bersenam atau melakukan pergerakan (selepas kemalangan)
Faktor emosional seperti tekanan perasaan
Berkaitan hormon seperti hamil dan kedatangan haid
Kesan ubat-ubatan seperti ubat batuk (codein), ubat gastrik (aluminium/kalsium), penenang
Pengambilan makanan tambahan seperti zat besi
Otot perut dan usus semakin lemah (warga tua)
Gejala-gejala
Najis lebih kering, keras dan sukar membuang air besar
Meneran semasa membuang air besar
Sakit semasa pergerakan usus
Kekejangan di bahagian abdomen.
Tip cegah sembelit:
Jangan menangguh buang air besar
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas cecair sehari. Ini seperti putih dan jus buah-buahan.
Amalkan tabiat buang air besar secara rutin, dengan waktu yang tetap misalnya ketika mandi pagi.
Bersenam atau aktif bergerak.
0 comments:
Post a Comment