Monday 1 April 2013

Ubat Tahan Sakit



Ramai individu yang mengambil ubat tahan sakit apabila mengalami kesakitan. Tapi adakah anda tahu mengenai sakit serta variasi ubat tahan sakit yang ada di pasaran?

Terdapat dua jenis ubat tahan sakit
Ubat jenis narkotik
  • codein, morphine
  • Ubat tahan sakit paling berkesan dan digunakan untuk kesakitan selepas pembedahan atau kecederaan yang serius dan hasil dari penyakit tertentu (barah)
  • Berfungsi di otak dengan menghalang isyarat sakit daripada dikesan oleh otak untuk diterjemah sebagai kesakitan.
  • Boleh menghasilkan kesan keterujaan yang boleh membawa kepada salah guna dan ketagihan. Oleh itu penggunaannya amat dikawal.


Ubat bukan narkotik
  • Aspirin, paracetamol, ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs)
  • Tidak terlalu kuat sepeti jenis narkotik
  • Berfungsi di saraf sakit pada kawasan kecederaan untuk menghalang dari isyarat sakit dihantar ke otak
  • Ubat jenis NSAIDs pula (cth: ibuprofen, naproxen, mefenamic acid) akan menghalang penghasilan ‘prostaglandin’ dan mengurangkan keradangan


Paracetamol
  • Ubat paling popular di pasaran untuk tahan sakit
  • Melegakan kesakitan yang ringan dan sembuh dalam sehari dua
  • Juga mengurangkan demam
  • Sesuai untuk kanak-kanak mengikut dos yang dicadangkan
  • Alternatif bagi individu yang alah pada Aspirin
  • Antara ubat tahan sakit paling selamat apabila diambil dengan betul serta boleh digunakan semasa mengandung dan ibu yang menyusukan anak kerana hanya sedikit sahaja ubat ini berpindah masuk ke dalam susu ibu.
  • Selalunya tidak memberikan kesan kerengsaan pada perut
  • Namun kesan dos berlebihan sangat berbahaya serta boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada hati dan buah pinggang.
Aspirin
  • Juga dikenali dengan nama Actylsalicylic acid
  • Melegakan kesakitan minor dan sakit-sakit otot, sendi, sakit kepala, sakit urat dan sakit luka kecederaan.
  • Melegakan sakit senggugut
  • Mengurangkan demam
  • Mengurangkan kesan keradangan. cth; pesakit arthritis/sakit sendi
  • Boleh membantu menghalang pembekuan darah yang abnormal (mengurangkan kejadian stroke berlaku)
  • Tidak sesuai digunakan untuk individu yang mempunyai pembekuan darah yang tidak normal
  • Tidak boleh digunakan semasa mengandung dan pesakit gout yang mudah sakit perut apabila mengambil ubat ini
  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja
  • Adakalanya menerukkan lagi keadaan asthma.


NSAIDs
  • cth; Mefenamic acid, Ketoprofen, Indomethacin dll
  • kerap digunakan untuk mengurangkan keradangan akibat terseliuh dan arthritis/sakit sendi
  • Digunakan untuk ubat tahan sakit semasa haid
  • Boleh menyebabkan ulser perut, maka jangan guna ubat ini jika anda mengalami ulser perut melainkan di bawah penjagaan doktor anda. Ambil bersama makanan untuk mengurangkan rasa perut tidak selesa semasa pengambilan ubat ini
  • Menerukkan lagi keadaan asthma
  • Kebanyakannya tidak digalakkan untuk digunakan semasa mengandung atau menyusukan bayi
Codeine
  • Digunakan secara kombinasi dengan aspirin atau paracetamol untuk melegakan kesakitan
  • Boleh juga digunakan untuk menghalang batuk
  • Boleh menyebabkan kepala pusing, loya, muntah, sembelit, dan sekat pernafasan.
PENJAGAAN KENDIRI
  • Jangan ambil ubat tahan sakit secara berterusan dalam jangka masa melebihi 3 hari tanpa berjumpa dengan pengamal perubatan anda. Pengambilan ubat tahan sakit dengan dos tinggi dan berterusan dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan buah pinggang, hati dan permukaan dalam perut dan usus.
  • Penggunaan sesetengah jenis ubat tahan sakit yang berterusan dalam jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan ketagihan.
  • Sesetengah ubat tahan sakit boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain. Tanyalah ahli farmasi atau pengamal perubatan anda berkaitan isu ini.
  • Jauhkan ubat tahan sakit dari kanak-kanak
  • Ambil ubat tahan sakit bersama makanan untuk elak dari rasa perut yang tidak selesa atau kesan iritasi perut
  • Selalu lihat pada label kandungan ubat semasa membeli ubat untuk mengelakkan pengambilan ubat yang sama tetapi berlainan jenama atau bentuk formulasi.
  • Elakkan mengambil aspirin bersama paracetamol
  • Selain dari pengambilan ubat-ubatan ada kaedah lain tanpa ubat untuk merawat kesakitan. (cth; kaedah pek panas/sejuk, fisioterapi, akupuntur dan berehat)
  • Pelajari dan amalkan teknik ketenangan untuk atasi stress/ketegangan, terutama jika ia mengakibatkan sakit seperti sakit kepala.
  • Ambil ubat tahan sakit pada masa yang betul dengan dos yang betul bagi mengelakkan keracunan atau sebarang kesan toksin daripada pengambilan ubat secara berlebihan.
  • Beritahu ahli farmasi atau doktor anda jika anda kerap menggunakan ubat tahan sakit.

Rujukan:
1- New Guide to Medicine & Drugs
2- MIMS Annual Malaysia (Volume 26 No. 3 1997)
3- BNF 36 (September 1998)
4- Self Care Pharmacy Health Information
5-Patient Education 3rd Edition. McGraw Hill International Edition (2001) John Murtagh


Petikan artikel daripada sumber : http://knowyourmedicine.gov.my

0 comments:

Post a Comment