Wednesday 27 February 2013

TIPS OF THE DAY


Di bawah ni adalah tips pemakanan yang boleh gojes-gojes amalkan dalam mencapai berat badan ideal:
·         Membuat perubahan kecil secara berkala, jauh lebih baik berbanding membuat perubahan mendadak yang tidak boleh anda jalankan dalam waktu yang lama.

·         Gunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. So simpanlah pinggan-pinggan bersaiz stereng yang kat umah tu ye..hehe

·         Biasakan makan snek rendah kalori dan tinggi protein setiap dua jam, supaya anda tidak makan melebihi kuantiti ketika waktu makan utama. Contoh snek yang rendah kalori adalah buah-buahan, dan yang tinggi protien semestinya ESP!

·         Jaga tubuh tetap terhidrasi. Kadang-kadang rasa dahaga sering disalah tafsir sebagai lapar oleh sebahagian orang.

·         Jangan melakukan aktiviti-aktiviti lain saat makan, seperti menonton TV, berbual, dan lainnnya, agar anda tetap fokus dengan jumlah makanan yang anda makan. Kalau tengok wayang tu lagi la tak boleh fokus kt makanan kan kan?hehehe...

·         Kurangkan hidangan makan secara berkala setiap hari hingga mencapai jumlah makan sihat ideal. Anda boleh guna BMR Calculator kat sebelah kiri blog untuk kira jumlah kalori harian yang diperlukan. Jumlah kalori makanan pula disini.

·         Makanlah dengan perlahan dan kunyah makanan anda lebih lama agar perut kenyang lebih cepat. Baca lagi..

·         Kurangkan stress anda agar tidak mengalami emotional eating yang boleh mengakibatkan tubuh kelebihan kalori.No, no, nooooo....

0 comments:

Post a Comment