Saturday 23 February 2013

KALORI OH KALORI...

Tahukah anda apa sebenarnya kalori?
Kalori adalah satu Unit untuk mengukur tenaga.
Kalori ni berfungsi untuk menjana tenaga dalam tubuh badan.
Keperluan kalori bagi setiap individu adalah berbeza bergantung kepada umur, jantina, ketinggian, berat dan aktiviti yang dilakukan.1st step untuk mengurangkan berat badan adalah dengan mengetahui berapa keperluan kalori bagi diri kita. Sebab, jika pengambilannya melebihi keperluan tubuh, ia akan bertukar menjadi lemak. Tambah-tambah tak ada senaman ataupun aktiviti yang boleh membakar lebihan kalori tersebut. Lepas tu apa jadi? LEBIH GEMUK DARIPADA BIASA! Tagline ala-ala stesyen radio gituwww...hehehe...



Macam mana nak kira kalori harian? di bawah ni formulanya...jom mengira!

BMR Wanita = [655 + (9.6 x b) + (1.8 x t) – (4.7 x u)] x [Aktiviti]
BMR Lelaki
 = [66 + (13.7 x b) + (5 x t) – (6.8 x u)] x [Aktiviti]

Petunjuk:
t = tinggi dalam cm
b = berat badan dalam kg
u = umur

Aktiviti:
1.2 = senaman yang sedikit atau tiada senaman langsung
 
1.375 = bersenam 1-3 hari dalam seminggu
 
1.55 = bersenam 3-5 hari dalam seminggu
1.725 = bersenam 6-7 hari seminggu
 
1.9 = bersenam secara extreme setiap hari

Merujuk kepada laman web pmr.penerangan.gov.my, berikut adalah merupakan jumlah kalori bagi makanan yang biasa diambil oleh rakyat Malaysia.

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?
Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori : minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kalori
2.minuman kotak 250g = 105 kalori
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kalori
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kalori
5.aiskrim 2 skop= 390 kalori
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kalori
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kalori
8.mentega 2 sudu teh = 75 kalori

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?

Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori. (banyaknyaaaaaaa!)
Kalau perempuan, keperluan kalori harian lebih kurang 1200-2000 kalori manakala bagi lelaki adalah dalam range 2000-2500 kalori. Untuk mengurangkan berat badan, Defisit Kalori perlu dibuat. Caranya dengan mengurangkan jumlah kalori daripada angka BMR tadi..tapi nak buat pengurangan kalori pun ada hadnya. Maksimum defisit adalah 500 kalori...
Jika anda hendak membuat defisit kalori dengan bantuan produk (semestinya halal, diluluskan KKM, semulajadi), anda boleh sms / whatsapp sy , Sue 0192951580...

Creadit to: pmr.penerangan.gov.my, dietkamekaze.com

0 comments:

Post a Comment