Thursday 29 January 2015

PENGALAMAN BERSALIN KETIKA POSITIF H1N1

Hari ni dah masuk 38 minggu pregnancy. Berdebarnya rasa, berbeza waktu bersalin anak pertama dulu. Sebab apa? Dulu slumber je serah diri sebab tak tau lagi sakit bersalin tu macam mana. Sekarang ni dah tau, rasa berdebar, takut, seriau semua ada. Terbayang-bayang dah sakitnya macam mana.

Ok, jom nak flash back pengalaman bersalin Daniel. Waktu usia kandungan 35 minggu terpaksa ditahan kat wad, sebab tekanan darah tiba-tiba naik mendadak. Lepas dapat pakej penginapan percuma 2 hari 1 malam, dah ada ura-ura nurse kata boleh balik. Muka ada senyum. Tapi panas tak sampai ke petang, dapat demam & batuk la pulak. Batuk berkahak yang pekat likat (sila jangan imagine :P ) dan bila baring rasa susah nak bernafas. Doktor datang buat swap untuk ambil sampel kat tekak & ambil sampel darah.

Memang nak termuntah bila buat swap ni


Ingatkan tu prosedur biasa je, tak tahu pulak saya ni suspek mengidap H1N1. Tapi yang jadi bertambah pelik bila saya dipindahkan ke wad yang ala-ala Kelas 1. Sebilik tu saya sorang je. Lepas tu sesiapa yang masuk jenguk saya, mesti pakai mask. Teka-teki terungkai bila seorang doktor pakar ni datang cek. Katanya saya suspek H1N1 dan masih menunggu keputusan makmal. Allah je yang tahu betapa risaunya saya sebab ibu mengandung antara golongan yang berisiko dan boleh meragut nyawa. Tunggu punya tunggu, keputusan pun keluar dan saya disahkan positif H1N1. Banggggg!!!! Tersentap sekejap. Si suami termenung panjang. Tapi lepas doktor terangkan, lega lah sikit. Saya perlu habiskan dos Tamiflu selama 5 hari berturut-turut dan tak boleh bersalin sebelum habiskan dos sebab risiko tinggi. Kalau lepas 5 hari tak bersalin jugak, doktor akan induce atau ceaser bergantung pada keadaan. Selagi belum bersalin, baby tak akan dijangkiti sebab H1N1 ni tak merebak melalui darah, tetapi melalui contact.

H1N1

2 hari berlalu dan baby tersangat aktif. Bergelora & senget-benget perut dibuatnya. Tak tahu lah sebab dia tak selesa ke, panas ke kat dalam tu. Tiba-tiba rasa macam nak buang air, turun katil je terus mengelembang air atas lantai. Terkejut punya pasal, terus aku keluar bilik nak panggil nurse. Terlupa pulak ade button tuk panggil nurse kat tepi katil. Yang kelakarnya, menjerit nurse-nurse tu suruh aku masuk bilik. Hehehee... Takut berjangkit la tu. Bila cek, memang air ketuban dah leaking. Dalam hati dah mula risau, dah nak bersalin ke aku ni? Doktor pakar datang cek dan kata air ketuban masih banyak. Harap-harap boleh bertahan lagi 3 hari.

Malam ke-2 melayan contraction, tak de selera nak makan dah. Dalam pukul 4 pagi dah contraction setiap 4- 5 minit. Doktor buat V.E @ seluk cek bukaan, dah 4cm. Terus masuk labour room dengan perut kosong. Satu kesilapan yang sayatak akan ulang. Pagi tu tak ade pun disediakan sarapan. Mintak minum pun, nurse bagi sikit je dlm botol sebesar botol ubat titis mata. Lebih kurang pukul 11a.m, bukaan serviks dah 8cm. Suami dah dibenarkan masuk. 

Contraction semakin kuat, tapi bila push tak lepas. Badan lemah sangat sebab tak cukup tenaga ditambah lagi dengan demam tu. Bila contraction datang lagi, bidan bagi tahu nak gunting sikit. Tak rasa sakit pun kena gunting tu. Lepas tu 2 orang nurse tolong tolak perut. Seorang kiri, seorang kanan. Suami memang berdiri statik kat tepi kepala sambil pegang tangan saya dengan muka dia yang cuak. Nurse suruh jenguk tengok kepala baby pun, dia tak nak. Baik la jangan, nanti ada pulak yang pengsan. Hehehe... Alhamdulillah pukul 11.45 a.m, baby selamat dilahirkan dengan berat 2.33kg pada usia 36 minggu. Lepas keluar je, terus baby diletakkan atas dada saya. Betul lah orang kata, tengok baby terus hilang sakit. Waktu tu dalam hati berkata 'Tak ada la sakit sangat bersalin ni'...hahaha...bergelut dkt 45minit tak rasa sakit konon. hehe... Lepas tu suami kena keluar dari labour room.

Lepas je plasenta @ uri keluar, bidan jahit luka perimium. Tak sakit sangat, cuma rasa la jarum dan benang tu. Selesai jahit, tiba-tiba darah membuak-buak keluar. Dengar bidan suruh cek plasenta yang keluar tadi complete ke tidak,nurse bagitau complete. Rasa nak pengsan bila tengok nurse angkat besen yang berisi darah. Banyak sangat-sangat. Untuk pastikan tak ada cebisan uri tertinggal dalam rahim, sekali lagi kena seluk. Bayangkan miss V baru lepas jahit, kena seluk pulak. Bukan macam seluk untuk cek bukaan serviks tu. Ni seluk sambil mencari serpihan uri kalau ada yang tertinggal. Sakit yang teramat-amat sakit, lebih sakit dari sakit contraction mahupun sakit  bersalin. Waktu tu terngiang-ngiang suara doktor pakar H1N1 tu "AwK tak boleh bersalin selagi tak complete 5 hari dos Tamiflu ni. Jika tak, risiko pada diri awak". Dalam hati dah terlintas 'Dah nak mati ke aku ni?'. Tak tahan sangat, saya diberi gas untuk sedut. Tak tahu la oksigen ke atau gas pelali sebab lepas tu saya pengsan tak sedar apa dah.

Sedar-sedar pukul 7 malam, masih dalam labour room seorang diri. Panggil nurse, tak ada pun yang datang. Suara pun memang macam berbisik je. Lemah sangat-sangat. Nak ambil handset dalam beg pun tak berdaya sebab dua-dua belah tangan dah macam bola. Sebelah tangan je dah ade 9-10 bekas jarum. Tak terbayang apa yang dah jadi sepanjang saya tak sedarkan diri. Gagahkan diri on handset dan call suami. Nampak kelibat nurse lalu depan labour room, terus panggil (dengan suara yang macam nak nangis). Nasib baik lah nurse tu jenis softspoken, layan baik je. Tukarkan baju, pakaikan maternity pad dan siap-siap untuk masuk wad. 

Si suami datang, terkejut tengok saya lemah sampai macam tu sekali. Rupa-rupanya dia tak diberitahu apa yang jadi kat saya. Selepas dia keluar dari labour room tu, nurse panggil untuk azankan baby dekat luar labour room. Selepas pindah ke wad, saya masih dikuarantin. Duduk la sorang-sorang tanpa baby. Hari ke baru lah baby diserahkan kepada saya, tapi dengan syarat kena pakai mask sentiasa. Bila nak discharge, baru lah tau punca pendarahan tu sebab ada luka dalam rahim. Apa pun, alhamdulillah semua selamat. Walaupun rasa serik bersalin 30 Disember 2010, tak lama lagi kena jugak lalui lagi. Doakan saya selamat bersalinkan pengganti anak syurga saya. 

1 comment:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete