Saturday 8 November 2014

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN


1. Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
2. Mata pandang perut.
3. Tangan pegang di pergelangan bahagian kaki atau pemegang pada katil.
4. Semasa proses meneran, elakkan mengeluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu kurang tenaga dan tidak kuat.
5. Jangan sesekali mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.
6.Tarik nafas sedalam yang mungkin dan teran seperti membuang air besar tanpa menghembus nafas semasa meneran. Teran sekuat yang terdaya dan selama yang boleh; curi nafas dan sambung meneran. Setiap kontraksi cuba sebanyak 3 kali. Teran semasa kontraksi kerana bayi anda turut bergerak sama. Ambil nafas dan kumpul tenaga semasa kurang kontraksi.
7. Amalkan membaca selawat dan doa Nabi Yunus. Sebaiknya suami  membaca doa Nabi Yunus ini agar dapat memandu isteri mengikut bacaan suami kerana mungkin masa itu anda akan terlupa kerana sedang kesakitan.
8. Suami sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk isteri.
Sumber : Facebook

0 comments:

Post a Comment